Haritu Acik Zaki marah Danial.


Acik Zaki minum air botol. Danial nak sikit. Danial hulurkan botol susu Danial. Dalam botol susu tu ada sedikit lagi air. Acik Zaki suruh habiskan dulu, baru Acik Zaki bagi sedikit air botol tu dan masukkan dalam botol Danial.

Danial tak nak. Terus Danial mengamuk. Danial campak botol susu Danial.

Danial nak tumbuk Acik Zaki. Acik Zaki tepis.

Danial nak campak semua benda yang boleh Danial capai. Acik Zaki tepis.

Danial mula menangis.

Danial lari ke depan rumah. Acik Zaki ikut. Acik Zaki tahu nanti ada barang lain yang Danial akan campak.

Danial menuju ke bahagian alat-alat multimedia Atuk. Parah. Kalau ada apa-apa yang pecah, Acik Zaki juga yang kena marah. Acik Zaki halang Danial daripada pergi ke situ.

Sudahnya, Danial tak larat nak lari-lari lagi. Danial terus menangis. Berdiri di satu tempat. Acik Zaki biarkan dulu beberapa minit.

Lepas tu Acik Zaki pujuk Danial.

"Dengan aku, ko jangan nak main-main. Dengan aku, cara aku. Jangan nak besar kepala sangat!"

Acik Zaki ambil botol susu Danial. Acik Zaki basuh botol tu dan kemudian isi dengan air botol tadi.

Ketika itu, Danial sudah berhenti menangis. Tetapi Danial tekup muka dengan tangan, tanda merajuk.

Acik Zaki hulurkan botol susu Danial yang berisi air botol tu. Danial ambil dan minum.

Danial capai bantal, terus baring seorang diri di penjuru ruang tamu. Acik Zaki tengokkan sahaja.

Tak sampai 5 minit, keadaan senyap melainkan bunyi televisyen.

Rupa-rupanya Danial sudah terlelap.

Danial, Acik Zaki sayang Danial.

:)

0 comments:

Post a Comment