Tahun ni Danial beraya dengan baju baharu dan juga rambut baharu! Danial baru potong rambut dan Danial nampak sangat kurus!


Mungkin kerana rambut Danial yang lebat sebelum ni tidak dipotong menampakkan susuk wajah dan tubuh Danial yang berisi. Tetapi apabila dipotong, macam susah nak cam Danial. Apa-apapun Danial masih comel seperti selalu, tapi kena ingat Acik Zaki lebih comel. Huhu..

Tahun ni keluarga Danial memilih warga keemasan sebagai pembalut tubuh pada hari raya. Dan kali pertama Acik Zaki lihat Danial dipakaikan songkok. Tambah-tambah comel Danial jadinya. Apabila disuruh pakai, tanpa banyak fiil Danial terus buat. Alahai Danial...

Duit raya? Acik Zaki belum berikan lagi. Sengaja. Sebab Acik Zaki rasa Danial belum boleh appreciate sekiranya diberi. Mungkin bukan tahun ini. Acik Zaki qadakkan untuk tahun-tahun hadapan ya? Doakan Acik Zaki kaya ya? Amin...

0 comments:

Post a Comment