Acik Zaki memandu ke tempat kerja hari ini. Seperti biasa jalan sesak. Untuk menghilangkan kebosanan, Azik Zaki pasang radio. Saluran ditukar-tukar mengikut selera. Masih lagi bosan, lalu Acik Zaki menerawangkan fikiran kepada Danial.

Sebenarnya Acik Zaki rindu akan Danial sebab hampir seminggu tidak berjumpa. Acik Zaki rindu Danial memeluk dan mendekatkan kepala Danial di bahu apabila Acik Zaki dukung Danial. Acik Zaki rindu bau kepala Danial.

Berlatarbelakangkan lagu Terlanjur Cinta daripada Rossa dan Pasha, hingga pada satu baris lirik dalam lagu tersebut,

"Apa yang kugenggam, tak mudah untuk aku lepaskan..."


Tiba-tiba air mata Acik Zaki bergenang.

T.T

Sebenarnya Acik Zaki memikirkan masa depan Danial. Acik Zaki benar-benar berdoa semoga Danial dibesarkan sebaik-baiknya oleh kedua-dua ibu bapa angkat Danial. Acik Zaki benar-benar mahu Danial menjadi seorang yang berjaya pada masa depan.

Ketahuilah, sesungguhnya Szakif loves Danial very much.

1 comments:

cik zaki sangat loving!

Post a Comment