Umur Danial baru sahaja masuk 2 tahun pada 18 Jun lepas. Sampai hati Acik Zaki tak buat apa-apa untuk Danial.

Tapi kan, setakat usia sekarang ni, Danial belum pandai cakap sangat. Danial masih lagi panggil Atok dengan "Ak!" sementara panggil Nenek pulak "Ek!".

Tapi Danial dah pandai jugak la sebut beberapa perkataan. Yang paling betul dan jelas sebutannya ialah "air". Danial suka minum air Ribena.

Cakap pasal minum, Danial pantang nampak Acik Zaki bawa minuman bungkus di dalam plastik. Mesti Danial nak minta sikit. Danial dah lama pandai minum guna straw. Daddy dengan mummy yang ajar.

1 comments:

Acik As
pun suka ribena :D

Post a Comment